Sobahul khair? in sha Allah entry yang seterusnya saya akan berkongsi muhtawayat pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas. Sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai variasi ransangan agar murid lebih cenderung untuk belajar di dalam atau di luar kelas.
Selain daripada ABM *alat bantu mengajar seperti kad manila, papan putih, mounting board atau pelbagai lagi benda maujud yang kita boleh bawa di dalam kelas, pengajaran melalui tayangan video atau powerpoint juga antara strategi berkesan dalam menarik minat pelajar memahami sesuatu pelajaran yang diajar.
Saya lebih memfokuskan terhadap matapelajaran Bahasa Arab Darjah Satu, Antara tajuk tajuk yang saya petik ialah مدرستي , أعضاء الجسم , أفراد الأسرة ,الحيوانات الأليفة etc.
Sumber utama yang saya peroleh sebagai bahan rujukan adalah buku teks SRA Negeri Selangor cetakan 2010.
Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan pembaca yang dirahmati Allah sekalian in sha Allah.
BERSAMA KITA MEMARTABATKAN BAHASA ARAB
SEBAGAI BAHASA KEDUA
No comments:
Post a Comment