Wednesday, December 31, 2014

التعارف

ASSALAMUALAIKUM..


Untuk permulaan entry ini , In sha Allah saya akan berkongsi dengan anda beberapa perbualan ringkas khas untuk mereka yang ingin belajar bahasa arab. Cukup mudah kerana ia merupakan basic arab. Hiwar ini sesuai kita aplikasikan dalam pelbagai situasi terutama sekali apabila berjumpa atau berkenalan dengan rakan baru.


عمر  : السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُهُ.
Omar :Asalamua’laikum warahmatullahi wa barakatuh.

علي : وَعَلَيْكُمُ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُهُ. مَا اسْمُكَ؟
Ali :Waa’laikumussalam waramatullahi wa barakatuh. Siapa nama
 kamu?

عمر : اِسْمِيْ عمر. وَمَا اسْمُكَ أَنْتَ؟
Omar : Nama saya Omar dan siapa nama kamu?

علي : اِسْمِيْ علي. كَيْفَ حَالُكَ أَنْتَ؟
Ali : Nama saya Ali. Kamu sihat?

عمر  :بِخَيْرٍ الحَمْدُ لله. وَكَيْفَ حَالُكَ أَنْتَ؟
Omar: Saya sihat dan kamu pula adakah kamu sihat?

علي : أَنَا بِخَيْرٍ أَيْضًا.أَيْنَ تَسْكُنُ؟
Ali : Saya juga sihat.Di mana kamu tinggal?

عمر : أَسْكُنُ فِيْ بُتْرَاجَايَا. وَأَنْتَ أَيْنَ تَسْكُنُ؟
Omar : Saya tinggal di Putrajaya dan kamu di mana kamu tinggal?

علي :أَسْكُنُ فِيْ بَنْجِيْ. الجَرْسُ يَرِنَّ، هَيَّا نَذْهَبُ إِلَى الفَصْلِ سَوِيًّا.
Ali : Saya tinggal di Bangi. Loceng telah berbunyi mari ke kelas bersama-sama.

عمر  : هَيَّا بِنَا.
Omar : Mari

_____________________________________________________________


Saya juga akan berkongsi dengan anda sebuah video 
perbualan bahasa arab yang dimuat turun daripada youtube. Semoga pembelajaran kali ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk berinteraksi dalam bahasa arab

Wallahu a'lam



BERSAMA KITA MEMARTABATKAN BAHASA ARAB 
SEBAGAI BAHASA KEDUA

No comments:

Post a Comment