Thursday, January 1, 2015

Jaulah Jordan

Assalamualaikum 

Pada entry kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman menjejakkan kaki ke tanah arab. Sungguh jauh perjalanan luas pemandangan. Saya mengikuti ibu bapa melawat abang yang sedang belajar di Universiti Al Al-Bayt, Mafraq, Jordan. Bermacam jenis pengalaman dapat kita ambil sebagai contoh terutama sekali dalam mewujudkan bia'h arabiah.

Melancong ke negara-negara arab juga sebenarnya mampu meningkatkan tahap penguasaan kita dalam bahasa arab. Hal ini kerana bahasa ibunda mereka ialah bahasa arab sama ada menggunakan bahasa arab fushah (baku) atau bahasa arab ammi (pasar). Kebanyakan masyarakat arab tidak mahir berbahasa asing dan hanya menggunakan bahasa arab ketika berjual beli, di kedai makan mahupun di mana mana sahaja. 

Tidak seperti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan kebanyakannya mempunyai kemahiran menguasai lebih daripada satu bahasa. Oleh itu, saya sarankan kepada sesiapa yang ingin menjejaki tanah arab, kuasailah bahasa arab sebaik mungkin. Ini berlandaskan kepada hadis Nabi yang bermaksud,
"Belajarlah bahasa Arab dan ajarkanlah kepada sekalian manusia".
Hal ini menunjukkan betapa pentingnya penguasaan bahasa Arab kepada ummat Islam mahupun bukan Islam.  Jika kita sudah pandai berbahasa Arab dan mempu menguasainya, maka ajarkanlah kepada yang lain.

Di sini saya menyelitkan beberapa keping gambar sepanjang berada di bumi Jordan. 




Bermulanya sebuah pengembaraan....



Di hadapan pintu gerbang Gua Ashabul Kahfi (The Seven Sleepers)

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7 km dari Pusat Bandar Amman,Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. 

Kisah lanjut di : http://nh5471.blogspot.com/2013/11/kisah-ashabul-kahfi-7-pemuda-tertidur.html





Makam Nabi Yusha' bin Nun 

Nama Nabi Yusha' tidak disebut dalam Al-Quran namun merujuk Surah Al-Kahfi ayat ke 60-82 menceritakan perjalanan nabi musa ditemani oleh temannya iaitu Nabi Yusha' semasa dalam perjalanan ke arah selatan melepasi kawasan Bandar Madyan untuk bertemu Nabi Al-Khidir. Dikatakan juga Nabi Yusha' anak murid kepada Nabi Musa menggantikan beliau yang wafat di Gunung Nebo demi memimpin kaum Bani Israel membuka Kota Ariha , Jericho, Palestine dan akhirnya membawa kepada kejayaan. - penerangan daripada penjaga makam 





Pelajar Malaysia di Jordan (Universiti Al Al-Bayt,Jordan)
Lokasi : Mat'am Mafraq





جامعة آل البيت 

Salah satu universiti di Jordan yang terletak di bandar Mafraq di Mafraq Governorate, 69 km dari Amman.

Tempat di mana abang saya belajar. 
(terima kasih Kak Wawa dan Kak Dila yang sudi bawa kami jaulah jami'ah.)





Laut mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Airnya yang mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti. Mandi di Laut Mati seperti terapung-apung di permukaan air dan tidak akan tenggelam. 

Baca kisah lanjut berkaitan Laut Mati dan Kisah Nabi Luth di :







Tapak Peperangan Mu'tah yang betul betul berhampiran dengan Universiti Mu'tah.

Klik link ini untuk mengetahui info lanjut berkaitan Peperangan Mu'tah :)
http://rosemujahid.blogspot.com/2010/12/para-syuhada-medan-mutah-bersyair.html




Kerak Castle

Istana Karak yang terkenal semasa Peperangan Salib, namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum Perang Salib lagi. Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba.





 Kami hanya pergi ke mini Petra sahaja memandangkan keluasan dari satu bangunan untuk sampai ke bangunan yang lain sangattt jauh dan harga yang sangat mahal untuk memasuki Petra (mini free je :p) 

Bagi sesiapa yang teringin ke Petra, boleh lah klik link ini untuk mengetahui sejarah ringkas Kota Petra, Jordan. http://pototravel.blogspot.com/2013/09/sejarah-ringkas-kota-antik-petra-jordan.html





Dan yang terakhir sekali, bersama abang yang menuntut di Universiti Al Al-Bayt Jordan
Lokasi : Masjid Ashabul Kahfi


BERSAMA KITA MEMARTABATKAN BAHASA ARAB
SEBAGAI BAHASA KEDUA


No comments:

Post a Comment