Friday, January 30, 2015

فاتبعوني

   بسم الله الرحمن الرحيم  

Ada empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar (maharat al-istima’ / listening skill) - kemahiran bertutur (maharat al-kalam / speaking skill) - kemahiran membaca (maharat alqiraah/reading skill) dan kemahiran menulis (maharat al-kitabah / writting skill). Pelbagai kaedah dapat kita praktikkan dalam kehidupan seharian antaranya adalah dengan mendengar lagu-lagu arab dan menonton kartun arab disamping berbual dengan rakan-rakan menggunakan bahasa kedua ini. 

Kali ini saya akan berkongsi serba sedikit rahsia bagaimana kita boleh meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Arab menggunakan kemahiran mendengar dan bertutur. 

Sebelum itu, saya ingin meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Pihak TV Al-Hijrah yang telah berjaya menerbitkan rancangan Fattabiouni. Rancangan ini berjaya membawa penonton mendalami sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W yang dihoskan oleh Al Habib Muhammad bin Abdul Rahman Asseggaf. 
Rasulullah  juga bersabda:
  “Setiap umatku akan masuk Al Jannah (syurga) kecuali orang yang enggan.” Para sahabat bertanya: “Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang mentaatiku, ia akan masuk Al Jannah dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka sungguh ia telah enggan.” (HR. Al Bukhari)
_______________________________________________________________

Untuk langkah pertama, kita boleh membiasakan diri dengan menonton rancangan bahasa arab beserta subtitle Bahasa Melayu sebagai permulaan. Selain program 'Fattabiouni', pelbagai rancangan menarik lagi dapat kita peroleh samada di televisyen,radio mahupun youtube.



Tips yang kedua ialah menonton rancangan ini tanpa menggunakan subtitle Bahasa Melayu. Ya, tidak saya nafikan susah pada mulanya untuk kita memahami apa yang disampaikan tanpa melihat kepada subtitle tetapi ini adalah salah satu cara yang berkesan dalam mempelajari Bahasa Arab. 





Apabila kita telah lazim menonton rancangan bahasa arab tanpa sari kata, In Sha Allah tiada masalah dalam memahaminya dengan hanya mendengar. Contohnya, saya akan menukar video tadi dalam bentuk MP3 dan memperdengarkannya sebagai ganti radio atau hiburan lain yang mensia-siakan.


Secara tidak langsung kaedah sebegini dapat menambah mufradat/kalimah jadidah serta ilmu pengetahuan dalam diri.

"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkannya satu jalan untuk menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat itu meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu "
(Riwayat Abu Daud dan Termizi) 


Sekian, wallahu a'lam.



BERSAMA KITA MEMARTABATKAN BAHASA ARAB
SEBAGAI BAHASA KEDUA





No comments:

Post a Comment