Tuesday, January 13, 2015

الألعاب التقليدية


ْاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُم

            Seperti yang telah kita ketahui, permainan tradisional sangat popular pada zaman era 90-an dan sebelumnya. Permainan sebegini sering dimainkan pada waktu lapang sebagai mengisi kekosongan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Namun kini permainan ini seakan pupus ditelan dek teknologi yang semakin berkembang pesat.

          Jika kita imbau kembali kenangan waktu kecil dahulu, bermain pelbagai permainan yang secara tidak langsung memupuk nilai-nilai murni dalam diri. Sebagai contoh, permainan tarik tali memerlukan kerjasama yang kukuh sebagai rakan sepasukan . Begitu juga dengan permainan batu seremban, lompat tali, tingting, lumba kaki kayu dan lain lain lagi. 

            Justeru, hari ini saya akan berkongsi beberapa permainan tradisional yang popular di Malaysia dan diterjemahkan dalam tiga bahasa (Bahasa Melayu) (Bahasa Inggeris) (Bahasa Arab). Semoga perkongsian ini dapat memudahkan kita mengenali permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang.





Main rebut kerusi
لعبة بهط الكراسي
Playing musical chairs




Tingting
قفز برجل واحدة
Hopscotch







 Tiup belon
تفجير بالون
Bursting the balloons




 Tarik tali
شد الحبل
Tug-of-war




 Lari tutup mata
سباق عصابة للعينين
Blindfold race




Lari ikat kaki
سباق ربط الأرجل
Three-legged race






 Main guli
 لعبة بلية اللعب
Playing with marbles





Main sorok-sorok
لعبة الإختباء
Hide-and-seek





Congkak
جونجكق
Congkak




Lumba kaki kayu
طوالة
Walking on stilts









Lari dalam guni
سباق الجرى في الأكياس
Gunny sack race



Lompat tali
قفز الحبل
Rope skipping



Batu seremban
سبعة الحجر 
Seven stones




Main gelang getah
رباط المطاط
Playing with rubber band










BERSAMA KITA MEMARTABATKAN BAHASA ARAB
SEBAGAI BAHASA KEDUA 


No comments:

Post a Comment